Monday, 12 October 2009

Bagan Pinang: Tahniah buat Tan Sri Isa Samad.

Sekalung tahniah buat Tan Sri Isa Samad kerana berjaya mempertahankan kerusi Bagan Pinang dengan memperolehi majoriti yang sangat besar. Semoga kemenangan ini menjadikan titik permulaan kebangkitan semula BN di hati rakyat Malaysia. Bagi PAS, seperti biasa, mereka tidak menerima kekalahan. Mereka mempersoalkan keadilan SPR dan ketelusan undi Pos. Kalau mereka menang, cakap takbur mengunung dan pabila mereka kalah, mempersalahkan orang lain. Inilah watak hipokrit Pas, dan rakyat di Bagan Pinang telah sedar tapi kebanyakkan rakyat di Kelantan masih belum sedar. Kepada perwakilan UMNO, selamat bersidang di Perhimpunan Agong UMNO ke-60. Semoga segala resolusi dan pindaan yang akan dibuat dapat memberi kebaikan untuk bukan sahaja ahli UMNO khasnya malahan masyarakat Malaysia amnya. Kerana rakyat melihat UMNO, jika UMNO berubah dan kuat, maka Barisan Nasional juga akan kuat. Insyaallah.

Saturday, 10 October 2009

Bagan Pinang: Selamat Mengundi


Budaya samseng semakin semarak di Bagan Pinang. PAS yang telah menyeru Pemudanya berjihad fi-sabilillah ke atas Pemuda UMNO nampaknya kerja gila. Berjihad menentang saudara sesama Islam. Adakah PAS sudah sesat? atau telah disesatkan oleh sesuatu? PAS kepanasan bagai disepit di buluh dan dipanggang di perangan untuk dijadikan juadah percik oleh PKR dan DAP untuk dijual di Bagan Pinang.

Dosa FITNAH lebih besar dari dosa MEMBUNUH. Kepada PAS, pikir-pikirkan lah. Anda jangan ingin bermain wayang kerana andalah yang memulakan budaya Samseng di dalam sistem demokrasi di Malaysia. Sebagai parti Islam yang kononnya memperjuangkan Islam, anda lebih tahu tentang hadis2 yang menyatakan fitnah itu adalah perkara yang sangat dikeji oleh Allah s.w.t. Jadi bertaubatlah para pengikut dan pemimpin PAS.

Kepada pengundi di BAGAN PINANG, selamat mengundi. Mengundilah parti yang betul iaitu Barisan Nasional dan jangan sekali membazir undi anda mengundi Pakatan Rasut (PAS - Parti Amalan Samseng). Undi anda menentukan kegemilangan Bagan Pinang. Selamat mengundi.

Tuesday, 15 September 2009

Menjelang 16 September: Bila dah mabuk kuasa, kepuasanya gerenti syurga

Dalam dunia ini ada macam-macam gelagat orang MABUK. Ada yang mabuk arak, ada yang mabuk kuasa, ada yang mabuk laut, ada yang mabuk royalti minyak. Semuanya mabuk yang memeningkan kepala si pemabuk dan orang ramai.

Menjelang ulangtahun pertama 16 Sept, hari Anwar menipu rakyat. Yang paling jelas sekarang ini adalah mabuk kuasa. Manusia-manusia yang mabuk kuasa semakin memabukkan diri masing bagi mandapat kuasa dan mengaut hasil rakyat secara free. Malahan, Selangor telah semakin tenat dan Kedah juga. Di Kelantan, sememangnya dah tiada hasil, semuanya habis ditelan oleh tok guru dan konco2nya. Hasil tiada tapi sisa yang banyak.

(mengikut Tok Guru kata)

Penentangan arak di Selangor entah kemana, Hari ni berteriak sebagai Singa, esok dah jadi anak kucing, Tok Guru kata arak boleh dijual.

Syurga dan neraka boleh ditentukan, siapa nak tahu halatuju selepas mati, tanya lah Tok Guru, dia receptionist pintu syurga. Tok Guru kata syurga milik penuh orang Pas. Orang Umno masuk neraka.

Harta Umno harta haram, kalau Umno bagi orang Pas kena ambik, Tok Guru suruh, takpe, yang haram jadi halal.

Semua tempat disamaratakan, kena ada satu masjid, satu kuil, satu gereja. Tok Guru kata baik untuk perpaduan ummah.

Cina tak potong anu boleh baca Al-Quran, Tok Guru kata, alhamdulillah, sedap bunyi dan bacaannya.

DAP boleh hina islam, Tok Guru kata orang kafir boleh hina islam.

Join orang kristian berdoa guna lilin sambil angguk-angguk geleng-geleng. Tok Guru kata takpe, pegang lilin budaya orang cina, bukan budaya kristian.

Akhirnya Tok Guru kata, Kepuasan Gerenti Syurga. Take Beer.

Tuesday, 18 August 2009

Al kisah Tok Guru flip-flop


Ulamak dalam semak bersuara lagi. Kali ini mengatakan Ahli UMNO tidak akan masuk syurga. Klik sini. Sekali lagi Nik Ajis telah mengeluarkan fatwa sedap mulutnya demi kepentingan politik sesat pakatan gangster. Semakin hari, Nik Ajis semakin lupa perkataan yang keluar dari mulutnya itu bakal meng-jahamkan-nya kelak. Tidak di dunia, insyaallah di akhirat. Kalu ini manusia yang mewarwarkan dirinya Ulamak, kawe tidak respect 1% pun, malah 1% pun tak layak. Adakah wajar kita org2 UMNO memperlakukannya seperti gambar diatas???

Bagi bacul2 dalam PAS, as usual, mereka akan kata kenyataan Nik Ajis diputar belitkan media. Mereka akan menelan bulat-bulat apa yang diludahkan lebai2 mereka, walaupun ludahan itu mempunyai virus selsema babi. Mereka takkan terima yang hodoh, kerana bagi mereka apa yang hodoh hanya UMNO dan PAS semuanya baik walaupun ISLAM dihina oleh kawan baik mereka DAPiss. Yang penting bagi mereka, take beer.

Nik Ajis dah nyanyuk, hakikat yang jelas lagi bersuluh. Pandangan kepada pengamal media, apabila ada sesuatu isu, at the first point, sila interview Nik Ajis dulu, kita akan lihat apa yg dikatanya. Dan kita gelak beramai-ramai. Mengikut pemerhatian kawe, Nik Ajis ni main hentam je, lepastu apabila dah terasa silap cakap, dia akan mempergunakan dan memutarbelitkan pemahaman ayat2 Quran untuk mengelak. Dah banyak kes dah. Just look and see..

By the way, tentang isu, mengatakan orang2 UMNO tidak akan masuk syurga, adalah agak melampau dan keterlaluan. Siapa Nik Ajis, ingin mestatuskan syurga neraka seseorang. Syurga neraka kerja tuhan, lainla kalau Syurga itu Made in PAS, supervised by Nik Ajis. Boleh la dia nak pilih ikut suka hati dia. Inilah jadinya apabila fatwa dijadikan gula-gula dan Islam dijadikan playdoh oleh bacul2 bernama PAS.

Semoga umat islam terselamat dari perlakuan terlampau ulamak PAS ini. Amin..

Monday, 3 August 2009

Perbesarkan Kem Kemunting..

Salam 1Malaysia. Nampaknya orang Melayu sekali lagi diperkuda-kepangkan oleh parti-parti pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri namun disekat oleh ISA. Yang terpekik terlolong di jalanan adalah Mat Ali, Mail, Dolloh, Azis, Hadi, Pok Din dan sebagainya. Di manakah Ah Seng, Ah Tong dan Manikutu.. Mereka hanya suka dan bertepuk tangan kerana orang Melayu sekali lagi dapat dibodohkan. Lembu-lembu yang berdemonstrasi itu merupakan bahan cucuk hidong oleh mereka2 yang berkempentingan. Di mana orang bukan Melayu?? Bagi mereka, hanya pandai mencari duit untuk sara kehidupan dan biarkan Melayu bertempur dengan pasukan keselamatan. Orang Pas kata, akan mati syahid kalau terkorban dalam rusuhan anti-ISA.

Antara alumni Kem Kemunting, dan akan kembali ke sana..
Perjuangan kali ini untuk siapa???



Lembu-lembu yang disiap sedia untuk dikorbankan

Tumpas, namun tak sempat nak mati syahid. Berbaloikah?

Sekiranya anda tidak membuat salah, kenapa perlu takutkan ISA. Hanya pesalah yg sangat takut dan fobia dengan ISA. Sekiranya anda penjual ikan di Manik Urai, tokey kain di Marang dan penjual cincin di Jln Chow Kit dan menjalani kehidupan yang halal seperti biasa, ISA tidak akan dikenakan keatas anda. Buat apa anda perlu takut. Hanya perompak negara, pengkhianat dan agen yahudi sahaja perlu takut dan patut takut. ISA yang sedia ada sudah jelas lagi bersuluh telah memainkan peranan dalam menjaga keamanan dan meningkatkan perpaduan di Malaysia.

Kem tahanan Kemunting perlu diperbesarkan bagi menampung lembu-lembu yang membuat rusuhan tempoh hari. Biarkan lembu-lembu ini diletakkan di antara golongannya supaya orang masyarakat awam tidak tergangu dengan tahik dan baunya yang ditingalkan di jalanan di ibukota. Tangkap semua terutama kepala2 bapak berjambul dan sumbat ke dalam Kem Kemunting.

Teruskan ISA, rakyat aman, masyarakat sejahtera..

Sunday, 12 July 2009

Sembahyang Jumaat, Kutbah Pas..

Salam blogger. Alhamdulillah kempen BN di Manek Urai berjalan lancar. Tiada sebarang masalah berlaku kepada jentera BN dan parti lawan. Semuanya berada dalam keadaan aman dan tidak bermasalah. Pada hari jumaat lepas, kawe berkesempatan saharian berada di Manek Urai. Apa yang dapat diperhatikan, kempen keduanya bertambah rancak. Cuma Pas lebih keji memainkan isu Islam dan isu minyak yang rata tidak masuk akal. Sampai ke mimbar masjid dijadikan pentas untuk memperburukkan kerajaan.

Post Jemaah Taksub Tok Guru.. Takbir.

Pada tengahari, kawe berhenti bersembayang jumaat di Masjid Manek Urai Baru. Pada awalnya kutbah yang diberikan oleh imam masih lagi neutral. Masuk minit ke-5, bermulalah ceramah politik yang berselindung di sebalik kutbah jumaat, Bagi orang2 Pas jumud yang berada di sekeliling saf kawe, kebanyakkan mereka terangguk-angguk macam pok'ko angguk, bersetuju tanpa berpikir. Bagi orang2 Umno pula, kebanyakkan cuba melayan dan ada yang tidak mengendahkan langsung apa yang dikatakan iman itu. Akhirnya, tok imam berdoa bala dan ditujukan kepada kerajaan melalui kias.

Itulah Pas, masjid pun mahu dijadikan bahan berpolitik. Makmum datang untuk beribadah kepada Allah, namun dijamukan kutbah politik sempit yang kawe rasa, tok imam itu sendiri pun tidak paham kalu ditanya balik tentang apa yang dibaca. Kawe berasa sedih melihat tok imam itu kerana imam ini boleh diibaratkan seorang yang dipandang tinggi kerana mempunyai ilmu agama yang lebih berbanding orang lain. Tapi, di Manek Urai, imam itu secara terang2 menunjukkan ceteknya ilmunya dan tidak patut ditakrifkan sebagai imam.


Doa mintak hujan, supaya orang2 BN tak
dapat keluar mengundi.

Di segenap pelusok kawasan di Manek Urai, akan ada gambar seperti di atas. Begitu taksubnya orang Pas kepada tokguru confirm syurga mereka. Segenap kawasan akan ada gambarnya. Walaupun kebanyakkan apa yang dikatakannya adalah mengarut dan salah, namun cicak-cicak pengikutnya akan ikut dan mengiakannya.

"Tok Guru memimpin, Manek Urai berkat" ialah slogan yang dicanangkan, Pas tetapi hakikatnya, "Tok Guru memimpin, Manek Urai tertinggal".

Tuesday, 7 July 2009

Apabila tokey ikan bertakbir di Manik Urai..

Salam bloggers.. Pilihan raya Manik Urai nampaknya telah membuka gelanggang dengan rasminya. Nampaknya pada kali ini tiada anasir-anasir Bebas yang ingin membuang duit bertanding. Pertandingan akan berlangsung satu lawan satu. Iaitu di antara Tokey Ikan dengan Bekas Pegawai. Anda rasa siapa yang akan berjaya menarik minat pengundi??

Kawe melihat, Pas nampaknya sudah ketandusan calon yang boleh dikira layak untuk membantu rakyat Manik Urai. Dengan meletakkan tokey ikan sebagai calon, menampakkan Pas tidak bersungguh dalam ingin membangunkan Manik Urai. Hanya sekadar mahu melepaskan batuk di tangga. Yang memalukan, calon Pas telah melarikan diri apabila ingin di-interview oleh Media selepas penamaan calon. Inikah yang dinamakan seorang pemimpin, takut berdepan Media. Adakah inilah dikatakan dilema sebagai Tokey Ikan??

Nik Aziz, insan suci yang dianggap "confirm syurga" oleh puak Pas memilih sendiri Tokey Ikan sebagai calon mereka. Bagi puak Pas, siapa yang bertanding itu mereka tidak kisah, letak kayu pun akan dijulang sampai menang. Asalkan calon itu berpegang ajaran Iselam Pas dan tidak akan melawan Tok Guru Suci mereka. Kalau lawan maknanya kaki Umno dan telah keluar dari jemaah Pas.

Apa yang tokey ikan boleh memberi khidmatnya kepada rakyat Manik Urai, adakah bagi ikan free for all, mengikut slogan Pas for all, @ hanya tunggul kayu sama seperti YB-YB Pas yg lain. Makan gaji buta. Atau mencari network memperluaskan pasaran ikannya. Pemimpin yang hendak dipilih sepatutnya yang boleh berkhidmat kepada rakyat, mampu memikir masalah rakyat dan menyalurkan mengikut saluran yang betul.

Tetapi bagi Pas, krateria calon mereka adalah; (1) taat kepada tokguru suci yang paling penting, (2) mampu berceramah memfitnah pemimpin Umno selama beberapa jam tanpa krem badan, (3) sesiapa sahaja, penternak diutamakan, yg penting taat tokguru, (4) kaki belit yang hebat dan taat tokguru, (5) paling diberi keutamaan adalah calon mimpi tokguru dan (5) mestilah taksub dengan tokguru dan jangan sekali2 melawan tokguru walau apa keadaan skali pun.

Kawe pernah bertanya kepada seorang pengikut fanatik Pas di Terengganu, dia sudah berumur. nama dirahsiakan. Kawe tanya dia, Bakpo pokcik pilih Pas?. Dia pun jawab, pokcik napok islam, xmboh umno, kapir, pokcik sebagai org Pas nak nape2 pokcik doa jah sambil ingat wajah tokguru. Insyaallah tuhang wi atas berkat niat pokcik utk tokguru.

Pahtu kawe pun tanya lagi, Pahtu pokcik xsir ko menguboh hidup supaya lebih sene, dpt bantue, dpt sumbange?? Pakcik tu jawap, pokcik nok, tp pokcik doa sokmo, mintak rezeki dari tuhang, sbb tokguru pernah kate, org Pas muroh rezeki, tuhang tulong banding org umno. Jadi pokcik tunggu la, mane tahu jatuh dari langit, mcm zamang nabi2 dulu.

Pahtu kawe tanya lagi, P
okcik ambik ko bantuan dari umno, wang ihsan ke, apa2 ke, kan umno kapir, x doso ke?? Dengan senyum pakcik tu menjawab, tokguru kate, bantuang boleh ambik, umno secara zahirnya kapir, tapi bantuan halal. Org bagi kita ambik, tapi yg peting pakoh Pas, sebab kite pegang Pas je.

Beginilah taksubnya org Pas kepada tokguru mereka. Adakah ini islam sebenar atau telah terpesong?? Anda sendiri pikir-pikirkan. Wallah-uallam.