Salam blogger. Alhamdulillah kempen BN di Manek Urai berjalan lancar. Tiada sebarang masalah berlaku kepada jentera BN dan parti lawan. Semuanya berada dalam keadaan aman dan tidak bermasalah. Pada hari jumaat lepas, kawe berkesempatan saharian berada di Manek Urai. Apa yang dapat diperhatikan, kempen keduanya bertambah rancak. Cuma Pas lebih keji memainkan isu Islam dan isu minyak yang rata tidak masuk akal. Sampai ke mimbar masjid dijadikan pentas untuk memperburukkan kerajaan.
Post Jemaah Taksub Tok Guru.. Takbir.
Itulah Pas, masjid pun mahu dijadikan bahan berpolitik. Makmum datang untuk beribadah kepada Allah, namun dijamukan kutbah politik sempit yang kawe rasa, tok imam itu sendiri pun tidak paham kalu ditanya balik tentang apa yang dibaca. Kawe berasa sedih melihat tok imam itu kerana imam ini boleh diibaratkan seorang yang dipandang tinggi kerana mempunyai ilmu agama yang lebih berbanding orang lain. Tapi, di Manek Urai, imam itu secara terang2 menunjukkan ceteknya ilmunya dan tidak patut ditakrifkan sebagai imam.
Doa mintak hujan, supaya orang2 BN tak
dapat keluar mengundi.
dapat keluar mengundi.
Di segenap pelusok kawasan di Manek Urai, akan ada gambar seperti di atas. Begitu taksubnya orang Pas kepada tokguru confirm syurga mereka. Segenap kawasan akan ada gambarnya. Walaupun kebanyakkan apa yang dikatakannya adalah mengarut dan salah, namun cicak-cicak pengikutnya akan ikut dan mengiakannya.
"Tok Guru memimpin, Manek Urai berkat" ialah slogan yang dicanangkan, Pas tetapi hakikatnya, "Tok Guru memimpin, Manek Urai tertinggal".





0 pendapat:
Post a Comment